Panasnya Hari Ini

Saya Tidak Ada Dengar – Anwar

KUALA LUMPUR: “Saya tidak ada dengar.” Itu reaksi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditanya berhubung desas-desus bahawa Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, akan keluar parti.

Anwar berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu melalui laporan media.

“Saya tidak dengar… media beritahu (berhubung desas-desus Mohamed Azmin keluar parti),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Simposium Ekonomi Malaysia ‘Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan’ di Parlimen, hari ini, lapor BH Online.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Semalam, media melaporkan Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi dijangka keluar PKR dan menyertai GERAKAN dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Anwar meminta semua pihak berhenti melaga-lagakan beliau dengan Mohamed Azmin.

“Kenapalah nak suruh gaduh hari-hari. Dia (Mohamed Azmin) sudah jawab tidak, tidaklah,” katanya.

Malah, beliau berkata, isu berhubung video lucah yang mengaitkan seorang menteri juga perlu dihentikan.

“Kita teruskan dengan agenda ekonomi. Kadang-kadang, kita banyak sangat gangguan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");