Perak Hari Ini

Semua Ahli Diminta Bertenang – Naib Pengerusi PKR Perak

IPOH: PKR Perak mengambil pendirian sebagaimana yang telah ditetapkan dalam sesi permukiman parti itu di Port Dickson baru-baru ini iaitu untuk semua ahli bertenang.

Naib Pengerusi PKR negeri, Tan Kar Hing berkata dalam permukiman tersebut juga semua ahli diminta untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menyakiti pihak lain.

“Kita masih lagi mengambil pendirian sebagaimana di Port Dickson yang mana semua ahli diminta untuk bertenang. Jangan mengeluarkan sebarang kenyataan yang akan menyakiti pihak lain.

“Ini adalah pendirian semasa program permukiman tersebut dan kita masih berpegang dengan pendirian itu,” katanya ketika ditemui pemberita dalam satu program di Pusat Koloni Karyawan Amanjaya (PORT), di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata kesemua kepimpinan ahli parti akan tetap menyokong Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam menerajui kepimpinan PKR negeri.

Ujar Kar Hing Pengerusi PKR Perak itu dijadualkan kembali ke negeri ini dan menghadiri satu mesyuarat parti yang bakal berlangsung minggu hadapan.

Tambahnya beberapa program parti yang telah dirancang dalam tempoh beberapa bulan ini termasuk jelajah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perak akan tetap diteruskan.

Terdahulu Lembaga Disiplin PKR dalam satu kenyataan akan menghubungi Farhash Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari serta beberapa individu lain untuk mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan mereka sejak akhir ini.

Mengulas lanjut perkara tersebut Kar Hing berkata ia merupakan proses biasa supaya mana-mana individu yang mahu mendakwa atau didakwa akan diberi ruang untuk memberi penjelasan kepada parti terhadap tindakan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");