Panasnya Hari Ini

Sikap Kejar Kuasa, Kekayaan Dalam Umno Belum Hilang

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa mengakui masih ada sikap mengejar kuasa dan kekayaan dalam parti itu selepas ia mengalami kekalahan mengejut dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Katanya, sikap itu perlu dibuang untuk membolehkan Umno bangkit dan kembali kepada matlamat perjuangan untuk agama.

“Orang Umno ini terutamanya bila dah peringkat senang dapat kerajaan, dia nampak nak jadi calon, nampak kekayaan, nampak projek, nampak harta dan inilah bahana yang telah menimpa kita, sampai sekarang penyakit ini belum hilang.

“Umno ini bukan tempat nak cari harta. Umno adalah satu-satunya parti yang wujud dalam negara kita di saat kita tidak ada kekayaan, tidak ada harta, tidak ada ilmu.

“Parti ini wujud sebelum ada sistem pilihan raya,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor hari ini.

Beliau turut mengingatkan ahli untuk berjuang demi Islam, bukannya kerana bangsa Melayu.

“Lahir Umno apabila Orang Melayu dan umat Islam dalam negara terpanggil setelah sekian lama kita hidup tanpa menegakkan agama.

“Saya selalu kata kalaulah negara ini dijajah oleh Islam, katakan Portugis itu Islam, Belanda itu Islam, Siam itu Islam, saya percaya Umno tidak akan wujud.”

Lawan DAP kerana dasar

Annuar berkata, Umno menentang DAP bukan kerana ia diterajui bangsa lain, tetapi disebabkan dasar yang dibawakan parti itu.

“Kita menentang DAP bukan kerana ada Lim Kit Siang. Kita bukan tentang DAP kerana nama dia DAP, bukan kerana dia jatuhkan kita. Kita menentang DAP kerana dasar DAP itu, bukan sebab DAP itu Cina ke apa kerana Islam sendiri tidak melawan Cina.

“Perjuangan kita mesti berpandu kepada agama. Islam tidak pernah ajar sentimen perkauman kerana tanah Melayu ada Cina, India. Melayu Islam tidak lihat warna kulit sebab itu Islam larang, Malaysia ini bebas nak amal agama apa.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");