Berita Hari Ini

Singapura Pulangkan Sebahagian Wang 1MDB

KUALA LUMPUR: Singapura dalam proses memulangkan wang hampir AS$40 juta atau RM164.5 juta yang dikaitkan dengan skandal kewangan 1MDB.

Singapura adalah antara beberapa negara di Asia sehingga Amerika Syarikat yang melancarkan siasatan terhadap dakwaan kehilangan wang berbilion dolar dipercayai diselewengkan daripada dana pelaburan itu.

Polis Singapura berkata, Jabatan Hal Ehwal Komersial pihak berkuasa itu sudah memfailkan permohonan untuk memulangkan kira-kira AS$37 juta yang dirampas daripada syarikat berkaitan 1MDB kepada Malaysia.

Katanya, mahkamah negara itu juga sudah meluluskan permohonan berkenaan.

Difahamkan, sebahagian daripada wang itu sudah dipulangkan kepada Malaysia, manakala bakinya masih dalam proses oleh pihak bank.

Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan bila atau lokasi rampasan itu lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");