Berita Hari Ini

SPRM Buru ‘Ikan Jerung’ Di Sarawak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menyiasat individu-individu berprofil tinggi di Sarawak, kata ketua pesuruhjayanya Latheefa Koya.

Menurut laporan Borneo Post semalam, Latheefa bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang maklumat kerana ia berisiko menjejaskan siasatan.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketika berkunjung ke Insitut Pendidikan Guru di Kuching.

Minggu lalu, Pengarah SPRM Sarawak Razim Mohd Noor berkata badan itu kini sedang menyiasat beberapa individu berprofil tinggi di negeri itu.

“Siasatan terhadap dakwaan amalan rasuah oleh ‘ikan jerung’ di negeri ini dikendali ibu pejabat SPRM dan saya tiada akses berkenaannya,” katanya seperti dipetik Borneo Post 3 Julai lalu.

Pada 2015, SPRM melancarkan “Ops Gergaji, dan membekukan sejumlah akaun milik syarikat pembalakan.

Antara yang disiasat ialah bekas menteri muda Daud Abdul Rahman. Beliau meninggal dunia dua tahun kemudian.

Sejak itu, tiada pihak yang didakwa.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");