Berita Hari Ini

SPRM Terima Maklumat Dakwaan Aktiviti Rasuah Di Kuala Koh

KOTA BHARU – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya berkata pihaknya menerima maklumat berhubung dakwaan kemungkinan wujud aktiviti rasuah di Kampung Kuala Koh, Gua Musang.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada sebarang kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan aktiviti tersebut setakat ini.

“Kami terima maklumat dan kami sedang siasat tetapi saya tidak boleh membincangkan operasinya ia akan menjejaskan apa jua siasatan risikan dan sebagainya, jadi saya tidak boleh memberikan komen mengenainya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Latheefa juga tidak mendedahkan maklumat berkenaan diterima daripada pihak mana atau adakah siasatan itu berhubung aktiviti berkaitan perlombongan mahupun pembalakan lapor Kosmo Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");