Berita Hari Ini

Syed Saddiq Bertanding Ketua Armada

Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan parti yang akan diadakan pada tahun ini.

Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata beliau meraikan budaya demokarasi dalam parti seperti yang disarankan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad.

“Saya akan bertanding dan meraikan budaya demokrasi dalam parti seperti disarankan Mahathir.

“Kita juga tidak boleh tutup pintu pertandingan kepada sesiapa sahaja yang mahu bertanding pada pemilihan Bersatu.

“Kita juga perlu raikan mereka (yang bertanding) kerana fokus utama Armada merupakan teras dan tulang belakang kepada Bersatu serta kami (Armada) juga perlu pastikan ia berkembang dengan budaya politik yang sihat di seluruh negara,” katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program FitMalaysia Zon Utara yang diadakan di Kompleks Sukan dan Rekreasi Majlis Perbandaraan Seberang Perai (MPSP).

Semalam, Mahathir yang juga perdana menteri dilaporkan berkata terdapat kemungkinan pemilihan jawatan dalam parti Bersatu, yang akan diadakan buat kali pertama, akan berlangsung tahun ini.

Katanya Bersatu belum menetapkan tarikh, bagaimanapun pihaknya berharap dapat mengadakannya tahun ini lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");