Membawang Hari Ini

Syifa Melvin Dikecam Netizen Pakai Turban Nampak Rambut

Adik beradik pelakon Syatilla Melvin sememangnya dikenali ramai, maklumlah semuanya cantik-cantik belaka. Kalau ikutkan, hanya seorang sahaja yang mengikut jejak langkah Syatilla menceburkan diri dalam bidang seni iaitu adik bongsunyaSyifa Melvin.

Baru-baru ini telah diadakan rumah terbuka dan majlis perlancaran produk kecantikan yang diasaskan empat beradik Melvin ini yang diberi nama KEKASIH by The Melvins.

Namun, apa yang menjadi perhatian pada majlis tersebut adalah penampilan Syifa Melvin yang mengenakan turban namun memperlihatkan sebahagian daripada rambut hadapannya.


Seperti sudah dijangka, ramai netizen mempersoalkan penampilan Syifa sedangkan sebelum ini gadis itu memakai hijab dengan sempurna. Tidak kurang juga ada netizen terkejut dan meluahkan rasa sedih melihat penampilan Syifa itu.

 

Susulan itu, ada netizen membuat dakwaan bahawa adik kepada Syatilla itu bakal membuka tudung tidak lama lagi. Difahamkan, Syifa ada memuat naik gambarnya pada malam yang sama namun telah dipadam dari laman Instagram miliknya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");