Panasnya Hari Ini

Tahanan Reman Haziq Disambung 3 Hari Hingga Selasa

KUALA LUMPUR: Tempoh tahanan reman bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz dan 2 individu yang tamat hari ini, disambung 3 hari lagi sehingga Selasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, selain itu, seorang ahli perniagaan yang ditahan di Shah Alam semalam, turut direman bagi tempoh yang sama.

“Seorang lagi individu yang ditahan bersama ahli perniagaan itu bagaimanapun dibebaskan selepas keterangan diambil,” katanya.

Sehingga kini, polis menahan 11 individu, termasuk Haziq dengan 7 daripadanya dibebaskan selepas tempoh reman tamat serta keterangan diambil.

Huzir berkata pihaknya akan memanggil 2 ahli politik bagi membantu siasatan kes video seks yang memaparkan individu mirip seorang menteri.

“Kedua-dua akan beri keterangan dalam masa terdekat,” katanya.

Baru-baru ini, klip video seks memaparkan aksi 2 lelaki tular di media sosial dan Haziq Aziz pada 12 Jun lepas mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam rakaman itu.

Pada Khamis, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, analisis CyberSecurity Malaysia mendapati kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi lapor MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");