Berita Hari Ini

Tambang Perkhidmatan e-hailing Dijangka Naik Esok

KUALA LUMPUR: Pengguna perkhidmatan e-hailing dijangka berdepan kenaikan kadar tambang serta tempoh menunggu lebih lama berikutan penguatkuasaan peraturan baharu perkhidmatan itu mulai esok.

Peraturan baharu, Program Khas Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) menyebabkan akan berlakunya kekurangan pemandu e-hailing khususnya pemandu sambilan.

Grab di laman webnya memberi amaran kepada pengguna terhadap situasi ini dengan meminta pengguna merancang perjalanan dan pilihan pengangkutan dengan baik.

Menurut mereka, menerusi peraturan baharu ini, rakan pemandu Grab akan berdepan dengan proses yang ketat untuk memenuhi syarat peraturan baharu itu.

“Ia adalah pemeriksaan latar belakang, enam jam latihan memandu, ujian pemanduan Jabatan Pengangkutan Jalan, pemeriksaan kereta oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dan pemeriksaan kesihatan,” menurut Grab.

Grab juga turut memberi panduan kepada pengguna yang bakal berdepan dengan kesan peraturan ini.

“Potensi pengurangan pemandu di jalan raya akan berlaku dan kami jangka ia akan memberi kesan kepada pengguna. Oleh demikian kami cadangkan untuk anda merancang perjalanan dari semasa ke semasa iaitu dengan menempah lebih awal dari biasa dan tempahan bukan pada puncak.

“Tempah awal dan bersedia dengan kehadiran pemandu terutamanya apabila anda ada penerbangan atau urusan penting untuk diselesaikan. Waktu bukan puncak adalah selepas jam 7 pagi hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 8 malam,” katanya.

Grab juga menyatakan, pengguna berdepan dengan kenaikan tambang secara dinamik terutamanya ketika waktu puncak dan hujan.

“Kami memahami kesukaran pengguna apabila berdepan dengan tambang yang tinggi tetapi ia disebabkan kekurangan pemandu di jalan raya,” katanya.

Mengulas mengenai kekurangan pemandu disebabkan pemandu tidak memperoleh lesen e-hailing lebih awal, Grab menyatakan, proses itu hanya bermula April lalu meskipun perancangan diumumkan tahun lalu.-BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");