Berita Hari Ini
Like

TMJ, Isteri Sambut Kelahiran Putera Kedua

July 17, 2019
269 Views
0 Comments
1 minute read
TMJ, Isteri Sambut Kelahiran Putera Kedua

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, hari ini menyambut keputeraan putera kedua, yang juga anak ketiga pasangan berkenaan.

Berita mengenai keputeraan itu dikongsi Tunku Ismail menerusi laman sosial Facebook (FB) dan Twitter HRH Crown Prince of Johor.

“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan,” dalam satu entri ringkas dimuat naik awal pagi tadi, lapor BH Online.

Pasangan diraja itu disatukan pada 2014 mempunyai puteri dan putera sulung iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah serta Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Pada 2018, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim sebagai Raja Muda Johor.

Pemasyhuran itu diumumkan Sultan Ibrahim pada majlis Istiadat sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-60, di Istana Besar, di sini.

Komen & Pendapat

Comments are closed.