Membawang Hari Ini

‘Tunggu Dapat Motivasi Dahulu’

KUALA LUMPUR: Penyanyi Adibah Noor, mengakui masih belum menemui kekuatan untuk melancarkan album ketiganya, biarpun sudah hampir tiga tahun terperap.

Adibah berkata, album yang diberi judul Jiwa Sentuh Jiwa menyaksikan dia berduet dengan nama popular seperti Misha Omar, Anuar Zain, Sam Innuendo dan Atilia sudah siap sejak 2016 lagi.

Namun, Adibah yang ditemui pada acara amal anjuran Harlow’s MGI (HGMI) Sdn Bhd, baru-baru ini memaklumkan, dia belum menemui semangat untuk melancarkan album itu.

“Melihat pasaran sekarang, orang bukan hanya berat mahu melaburkan wang untuk membeli album fizikal, malah memuat naik lagu menerusi platform digital juga belum tentu mereka buat.

“Lagipun, peminat mempunyai banyak pilihan, termasuk mendengar lagu yang mereka suka di YouTube. Biarlah dahulu, saya belum dapat motivasi lagi untuk melancarkan album itu,” katanya.

Sementara itu, Adibah juga tidak melihat kehadiran bakat baharu sebagai persaingan besar yang mengganggu pasaran artis senior.

“Pasaran saya masih ada. Kalau mahu panggil semua penyanyi baharu sebagai Budak Baru Nak Up (BBNU) pun tidak sesuai kerana ada di antara mereka begitu cepat mengukuhkan nama.

“Mereka ada pasaran tersendiri dan langsung tidak mengganggu survival saya sebagai penyanyi. Pasaran saya lebih kepada majlis korporat,” katanya.

Pada acara amal yang turut disertai Atilia dan Ning Baizura itu, Adibah mewakili HGMI untuk menyerahkan wang terkumpul sebanyak RM20,000 kepada Pertubuhan Membantu Pesakit Parah Miskin Malaysia.-BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");