Berita Hari Ini

Undang-undang Selia Pemunya Benifisiari Perlu Diperkukuhkan

KUALA LUMPUR: Negara perlu memiliki undang-undang kawal selia pemunya benifisiari (beneficial ownership) yang lebih kukuh bagi menangani masalah rasuah khususnya membabitkan pelantikan proksi dalam sesuatu syarikat.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, berkata sejak beberapa tahun lalu, negara berdepan dengan beberapa kes yang menunjukkan keperluan peraturan lebih ketat mengawal selia pemunya benifisiari.

“Beberapa kes yang sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini seperti SRC International dan kes dikaitkan dengan bekas timbalan perdana menteri adalah contoh jelas mengapa negara perlu undang-undang pemunya benifisiari yang kukuh.

“Bagi Malaysia, memiliki undang-undang pemunya benifisiari yang kuat bukan satu pilihan,” katanya ketika berucap merasmikan Bengkel Serantau Mempromosi Ketelusan Pemunya Benifisiari di Asia Tenggara di sini, hari ini.

Awal tahun ini, kerajaan memutuskan untuk memasukkan peruntukan baharu undang-undang mengenai tanggungjawab mendedahkan pemunya benefisiari ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata langkah itu bagi membolehkan SPRM mengenal pasti pemilik sebenar kepentingan dalam sesuatu proses siasatan yang dijalankan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");