Panasnya Hari Ini
Like

Video Intim: Wujud Gerakan Politik Jatuhkan Azmin – Tun M

July 17, 2019
319 Views
0 Comments
1 minute read
Video Intim: Wujud Gerakan Politik Jatuhkan Azmin – Tun M

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata wujud gerakan politik untuk menjatuhkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan isu video intim.

Pada masa sama, beliau hairan dengan tindakan individu yang cuba menjatuhkan Mohamed Azmin sehingga sanggup memalukan diri sendiri.

“Saya nampak ini political move (gerakan politik) bukan sebab jenayah. Jenayahnya sebab ada pakatan untuk nak jatuhkan Azmin.

“Jadi orang itu mengaku dia yang pergi. Itu kita hairan la. Biasa dia malu tetapi dia tak malu,” katanya kepada pemberita di Parlimen, pada Rabu.

Mengulas mengenai kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan Mohamed Azmin perlu bercuti jika video itu sahih, ini jawapan beliau:

“Dia kata kalau betul Azmin, (maka) betullah, tetapi dia tak kata sekarang ini,” katanya.

Pada Rabu, Anwar berkata, Mohamed Azmin perlu mengambil cuti jika video intim yang mengaitkan beliau itu sahih dirinya.

Bagaimanapun, katanya Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu tidak perlu berbuat demikian jika siasatan mendapati sebaliknya lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat

Comments are closed.