Anwar berkata, meskipun maklum bahawa siasatan masih diteruskan pihak polis namun setakat ini pihaknya gembira dengan hasil siasatan itu.

“Walaupun mengakui bahawa siasatan polis masih berterusan dan berdasarkan perkembangan terbaru yang dikeluarkan oleh IGP, sebagai presiden parti, saya gembira untuk mengetahui bahawa Mohamed Azmin tidak terlibat,” beliau berkata kepada pemberita pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat Keadilan sesi 2018/2021 di sini hari ini.

Ditanya berhubung gesaan beberapa pihak yang meminta Mohamed Azmin meletakkan jawatan, Anwar berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang keputusan sehingga laporan konlusif.

Berkenaan dakwaan terdapat ahli atau pemimpin parti politik yang terlibat dalam tindakan sebaran video tersebut, Anwar menegaskan PKR tidak akan bertolak ansur berhubung perkara itu. – Bernama