Berita Hari Ini

Wan Ji Dibenar Tangguh Hukuman Penjara

SHAH ALAM – Setelah dua hari menjalani hukuman penjara, penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin dibenar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan hukuman penjara setahun kerana menghasut terhadap Sultan Selangor.

Memetik laporan Sinar Online, keputusan itu dibuat Hakim, Datuk Abdul Halim Aman selepas mendengar permohonan penangguhan hukuman itu hari ini.

Selasa lalu, Wan Ji dihantar ke Penjara Kajang selepas mahkamah sama menolak permohonan sabitan dan hukuman sembilan bulan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini.

Pada 9 April 2018, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan itu.

Pada 10 September 2014, Wan Ji mengaku tidak bersalah menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam akaun Facebook wanji.attaaduddi.

Kesalahan itu dilakukannya di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, jam 10 pagi, pada 5 November 2012.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");