Berita Hari Ini

Wanita Maut Nahas Kereta, Lori Tangki

IPOH – Wanita maut manakala dua lelaki termasuk seorang remaja parah selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan lori tangki di Kilometer 31 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di Ipoh, hari ini.

Pasukan bomba menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan kereta Perodua Viva dengan lori tangki muatan diesel yang dalam perjalanan menuju ke Simpang Pulai itu pada 2.51 petang.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, Mazlan Saari berkata, pihaknya dengan kekuatan enam anggota bersama satu jentera ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat tiga mangsa tersepit dalam kereta terbabit.

“Berdasarkan maklumat awal, pemandu kereta adalah lelaki berusia 27 tahun, penumpang hadapan wanita berusia 35 tahun dan mereka tersepit di bahagian tempat duduk manakala kaki remaja lelaki 19 tahun pula tersepit di tempat duduk penumpang belakang.

“Pemeriksaan pihak perubatan mengesahkan wanita terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi mangsa parah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pasukannya yang turut dibantu tujuh anggota BBP Cameron Highlands menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

Menurutnya, bomba mengambil masa 30 minit bagi mengeluarkan semua mangsa lapor HMetro.

“Dua mangsa yang parah diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan lanjut manakala mangsa maut diserah kepada polis.

“Pemandu lori tangki pula tidak cedera dan operasi terbabit tamat pada 4.50 petang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");