Berita Hari Ini

Yang Bodoh Sahaja Mahu 3 Jawatan Tertinggi Parti Dipertandingkan

PUTRAJAYA – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan tiga jawatan tertinggi parti itu tidak sewajarnya dipertandingkan.

Beliau dalam masa yang sama turut menganggap anggota parti yang tidak cerdik sahaja mahu merebut ketiga-tiga jawatan itu dari pemimpin asal.

“Kita perlu ingat, wujudnya parti ini adalah kerana tiga insan utama iaitu Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan juga Datuk Seri Mukhriz.

“Sedar diri sendiri jika mahu merebut jawatan dari ketiga-tiga pemimpin ini,” katanya ketika ditemui Peraktoday hari ini.

Beliau menambah, akar umbi parti harus memberikan kepercayaan kepada ketiga-ketiga pemimpin utama parti dan dan terus memberikan mandat kepada mereka untuk menerajui parti.

Malah katanya, sesiapa sahaja yang bersifat bertentang dengan prinsip tersebut boleh dianggap tidak bijak kerana parti itu kini menjadi salah satu komponen yang memimpin kerajaan.

“Saya sangat bersetuju jika ia tidak dipertandingkan malah saya nak kata kepada Ketua-ketua Bahagian di Perak bahawa kita kena sedar bahawa kewujudan Bersatu dicetuskan ilham oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Faizal berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Mukhriz bahawa ada pimpinan bahagian mencadangkan tiga jawatan utama parti itu tidak dipertandingkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 20 Julai nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");