Sukan Hari Ini

Yoke Meng Harap Sinar Individu

KUALA LUMPUR: Selepas terkandas di peringkat kumpulan acara berpasukan campuran skuad remaja negara berazam untuk bangkit dalam acara individu Kejohanan Remaja Asia di Suzhou, China yang akan membuka tirai esok.

Menurut ketua jurulatih skuad remaja, Kwan Yoke Meng berdasarkan undian beliau berharap pemain seperti Kok Jing Hong, Lee Shun Yang dan Fazriq Razif mampu melangkah jauh dan melakukan kejutan.

“Jing Hong bakal berdepan pilihan kelapan perseorangan lelaki, Bobby Setiabudi di pusingan kedua dan saya yakin dia mampu mengejutkan wakil Indonesia itu,” kata Yoke Meng ketika dihubungi hari ini.

Ujarnya, jika Shun Yang beraksi pada tahap tertinggi dia juga tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan pilihan kedua juga dari Indonesia, Christian Adinata.

“Bagi Fazriq pula dia memperoleh undian yang sangat baik dan mampu belajar sebanyak mungkin kerana dia masih lagi muda (15 tahun).

“Situasi sama buat dua perseorangan wanita negara, K Letshanaa dan Tan Zhing Yi.

Dalam pada itu saya juga turut mengharapkan gandingan beregu campuran Yap Roy King-Gan Jing Err mampu mara sejauh mungkin,” kata Yoke Meng.

Sebelum ini skuad remaja negara gagal melepasi pusingan kalah mati apabila tumpas di tangan Indonesia dan Jepun di peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, Yoke Meng masih berpuas hati dengan persembahan diberikan anak buahnya terutama pemain lelaki yang diraskannya berjaya mencapai tahap sebenar.

“Jika hendak dibandingkan jagoan remaja dunia seperti Korea Selatan, Jepun dan Indonesia mereka memang luar biasa namun yang lain saya rasa tidak jauh beza.

“Pemain wanita pula beraksi pada tahap mereka namun masih jauh jika hendak dibandingkan dengan wakil negara lain dan kita dapat lihat perbezaan ketika menentang Jepun.

“Dari segi kemahiran individu saya rasa tidak ada masalah cuma keupayaan fizikal dan bagaimana untuk mengekalkan kekuatan.

Apa pun secara keseluruhan saya harap mereka bangkit dalam acara individu nanti terutama perseorangan lelaki dan beregu campuran,” katanya.

Tahun lalu di kejohanan sama skuad remaja negara berjaya membawa pulang satu perak melalui beregu wanita, Pearly Tan-Toh Ee Wei dan meraih gangsa dalam acara berpasukan campuran lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");