Sukan Hari Ini

Yusri Teruja Semangat Juang Pemain

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan, Yusri Che Lah teruja dengan semangat juang dan motivasi tinggi pemainnya apabila merakam kemenangan berdepan Selangor United 2-0  pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi.

Yusri berkata, keputusan itu sekali gus mengakhiri kemarau kemenangan di laman sendiri selepas hanya meraih keputusan seri dalam empat perlawanan sebelum ini lapor BHarian.

“Syukur dengan kemenangan ini walaupun pasukan ini serba kekurangan namun masih berpihak kepada Kelantan dan segala perancangan yang dilakukan juga diikuti sebaiknya pemain malam ini (malam tadi).

“Saya kagum dengan motivasi tinggi pemain yang seolah-olah melupakan seketika soal tunggakan gaji yang masih belum diterima selama dua bulan setengah.

“Malah, pujian diberikan kepada semua pemain atas persembahan cukup baik dan bertenaga walaupun ada pemain yang demam (Azwan Aripin) masih tetap mahu beraksi membantu pasukan.

“Bagaimanapun, pasukan tidak boleh dibuai dengan kemenangan ini, kerana perlu menempuhi tiga lagi baki perlawanan yang akan menentukan sama ada kita terus  kekal dalam saingan Liga Perdana 2020,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Selangor United, Abd Talib Sulaiman mengakui skuad kendaliannya hilang fokus selpas diasak penyerang pasukan tuan rumah sehingga barisan pertahanan melakukan kesilapan menghadiahkan sepakan penalti.

“Barisan pemain muda Kelantan nyata  memiliki kelebihan dengan mempamerkan larian pantas dan mengelirukan malah saya percaya mereka mempunyai masa depan yang cerah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");