Berita Hari Ini

Zahid Bawa Penyokong Masuk MT Umno

Dr Ahmad Zahid Hamidi melantik lima anggota baru Majlis Tertinggi (MT) Umno, dua hari selepas kembali menjalankan tugas sebagai presiden parti.

Sebahagian nama itu dilihat sebagai penyokong kepimpinan Zahid sebagai presiden dan juga Najib Razak.

Mereka ialah Ketua Umno Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi; Ketua Umno Hulu Langat Johan Abd Aziz; Ketua Umno Bagan Ir Dr Shaik Hussein Mydin; Ketua Umno Sepanggar Yaakub Khan dan Ketua Umno Seputeh Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Pelantikan tersebut diumum Setiausaha Agung Umno Annuar Musa dalam satu kenyataan ini adn berkuat kuasa serta merta.

Dipercayai pelantikan itu bagi menggantikan tiga anggota yang keluar parti Disember lalu, iaitu Hajiji Nor, Azizah Mohd Dun dan Anifah Aman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");