Panasnya Hari Ini
Like

Zahid Pertahan Lantik Najib Sebagai Penasihat BN

July 11, 2019
299 Views
0 Comments
1 minute read
Zahid Pertahan Lantik Najib Sebagai Penasihat BN

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan lantikan bekas pengerusi Barisan Nasional (BN) Najib Razak sebagai pengerusi lembaga penasihat gabungan itu selepas mendapat kritikan bertali arus daripada akar umbi parti.

“Ia dipersetujui oleh MCA dan presiden MIC serta ahli Majlis Tertinggi BN yang terdiri daripada pemimpin ketiga-tiga parti.

“Tentu ada sebab yang kuat untuk Najib memberi pandangan dalam platform yang pernah diterajui olehnya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Selain itu, Zahid turut berkata, selain daripada wakil parti komponen MCA, MIC dan Umno, tokoh beribawa dari luar juga akan dilantik ke lembaga penasihat BN lapor FMT.

Terdahulu, Najib dilantik sebagai penasihat utama BN selepas pertemuan antara ketua-ketua pemimpin parti pada malam Isnin lepas.

Sementara itu, Zahid turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin memberi pandangan untuk memperkukuhkan parti itu.

Komen & Pendapat

Comments are closed.