Perak Hari Ini

10,000 Warga Perak Hadir Meriahkan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri

TAIPING: Kira-kira 10,000 orang hadir menyaksikan perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan ke-62 Peringkat Kebangsaan negeri Perak di Dataran Warisan Taiping seawal jam 7 pagi.
?
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan hadir meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2019 di sini, hari ini.

Baginda berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja, 2 Divisiyen yang berpengkalan di Kem Sangro, Taiping sekitar jam 8.30 pagi.

Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada 3 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dipimpin Kolonel Mohd Zamri Musa, manakala Ketua Kawalan Kehormatan Utama diketuai Mejar Mohd Dzul Hakim Mohd Khalid dan Pegawai Waren 1, Amir Zaman Khan Rahmatullah Khan, selaku Sarjan Mejar Perbarisan.
?
Turut berangkat, putera dan puteri baginda, Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan barisan para exco kerajaan negeri.
?
Sebanyak 111 kontinjen melibatkan 5,500 peserta daripada pelbagai jabatan, agensi kerajaan, sekolah, institut pengajian tinggi antaranya Jabatan Penjara Malaysia Negeri, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri serta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ acara turut dimeriahkan dengan gabungan nyanyian koir dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jambu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Klian Pauh dari Taiping.

Turut berlangsung, perarakan aset-aset daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM); Pasukan Bomba dan Penyelamat; Angkatan Pertahanan Awan (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempamerkan aset kenderaannya serta pelbagai kenderaan lain yang menarik perhatian seperti perarakan motosikal berkuasa tinggi serta klasik.

Selain itu, kontinjen orang asli dari Kampung Sungai Cincin turut mengambil bahagian semasa Perarakan Peringkat Kebangsaan Negeri Perak hari ini dengan memakai selempang Jalur Gemilang yang dijahit sendiri oleh Team ‘Ceknik’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");