Perak Hari Ini

18 Ahli Majlis MBI Angkat Sumpah Lantikan Semula

IPOH- Seramai 18 Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak termasuk Datuk Bandar, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim mengangkat sumpah jawatan dalam satu majlis khas yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2019 hingga 31 Julai 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh melantik sebanyak 25 ahli bagi kuota jawatan berkenaan.

“Masing-masing empat Ahli Majlis mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan 10 mewakil DAP manakala empat lagi kuota akan dimasukkan kemudian yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Dua lagi kuota bagi NGO juga masih belum dipenuhi yang mana Ahli Majlis dari PKR dan NGO masih dalam proses penangguhan akan sumpah selepas dilantik oleh parti,” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Pelantikan Ahli Majlis MBI, di Dewan Mesyuarat MBI, hari ini.

Katanya, beliau berharap agar Ahli Majlis dapat melaksanakan tugas dengan baik dan membawa perubahan positif kepada PBT dari segala aspek disamping dapat memenuhi kehendak pembayar cukai dan masyarakat setempat.

“Kerjasama PBT khususnya MBI dengan jabatan-jabatan serta agensi-agensi lain juga amat penting dalam melaksanakan tugas-tugas dan fungsi-fungsi majlis dengan lebih berkesan kerana kerajaan mempunyai matlamat supaya 15 PBT dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, satu Program Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat MBI bagi tahun 2019 telah dilaksanakan bersempena dengan Bulan Kebangsaan yang mana pihak MBI kian giat memasang bendera di seluruh kawasan bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan.

 

“Dengan tema pada tahun ini ‘Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih’ sebanyak 1,050 bendera serta 2330 banting akan dipasang di seluruh Bandaraya Ipoh.

“Pemilik kedai, premis perniagaan dan restoran turut diseru supaya dapat memasang dan mengibarkan bendera di premis masing-masing sebagai tanda cintakan negara,” katanya.

Kira-kira 1,000 kaki tangan MBI turut memeriahkan majlis kibarkan jalur gemilang tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");