Perak Hari Ini

Adun Perak Perlu Isytihar Harta Dalam Tempoh Tiga Bulan Selepas Usul Lulus

IPOH- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri Perak perlu mengisytihar harta mereka dalam tempoh tiga bulan selepas usul berkenaan diluluskan pada 23 Julai yang lalu.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, Akuan Berkanun Borang Pengisytiharan harta Adun telah dihantar secara pos iaitu Pos Laju pada 21 Ogos 2019 untuk dilengkapkan oleh Adun sebelum atau pada 23 Oktober 2019 iaitu dalam tempoh tiga bulan dari tarikh usul diluluskan.

“Usul tersebut telah dimaklumkan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM malahan pentadbiran dewan negeri telah menerima maklumbalas bagi penyediaan akuan pengishtiharan harta ADUN.

“Dewan negeri telah meluluskan usul yang dibawak oleh Ahli Dewan Negeri iaitu Terence Naidu Raja Naidu (PH-Pasir Berdamar) semasa Mesyuarat Kedua Penggal ke Dua pada 23 Julai 2019,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Katanya, Adun perlu menghantar dua salinan kepada yang Dipertua Negeri iaitu kepada beliau dan beliau akan menghantar satu salinan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tindakan selanjutnya.

“Maklumat isytihar harta semua Adun akan dipaparkan untuk tempoh masa tiga bulan di Portal SPRM.

“Borang tersebut telah diluluskan oleh pihak SPRM dan saya telah berjumpa dengan pihak SPRM untuk menyediakan borang tersebut secara sah dimana format yang digunakan sama dengan format pengisytiharan harta oleh Ahli Parlimen,” katanya.

Beliau turut memohon agar para Adun dapat memberikan kerjasama, sama ada dari pihak pembangkang atau kerajaan untuk mengistihar harta demi ketelusan.

“Tindakan ini merupakan satu cara menunjukkan wakil rakyat tersebut telus daripada sebarang rasuah dan menunjukkan kerajaan yang bersih dan pemimpin yang bersih rasuah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");