Perak Hari Ini

Ahmad Faizal Pandang Serius Dakwaan Pemimpin BERSATU Jual Lembu Korban

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memandang serius berkenaan dakwaan penjualan dua ekor lembu korban yang membabitkan kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Bagan Datuk, pada tahun lalu.

Setiausaha Politik kepada Pengerusi BERSATU Perak itu, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid berkata, Menteri Besar merasa, kesal kerana dua daripada tiga ekor lembu sumbangan peribadi beliau yang sepatutnya diagihkan kepada golongan asnaf dan rakyat di Bagan Datuk, didakwa telah dijual untuk tujuan lain.

“Beliau merasa kesal kerana dua daripada tiga ekor lembu sumbangan peribadi beliau yang sepatutnya diagihkan kepada golongan asnaf dan rakyat di Bagan Datuk, didakwa telah dijual untuk tujuan lain.

“Susulan satu laporan yang sudah difailkan semalam, Menteri Besar menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk meneliti dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menteri Besar ketika ini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadat haji.

Terdahulu media melaporkan bahwa, seorang Ahli Jawatankuasa BERSATU Bahagian Bagan Datuk telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mendakwa tiga pemimpin di bahagian itu telah melakukan penyelewengan dengan menjual dua ekor lembu sumbangan Ahmad Faizal sempena Aidiladha, tahun lalu.

Ahli Jawatankuasa berkenaan, Bahaman Tokiran, mendakwa dua daripada tiga lembu itu dijual oleh dua pemimpin bahagian itu kepada seorang lelaki dengan harga RM5,000 pada 21 Ogos tahun lalu.

Dilaporkan beliau membuat aduan berhubung perkara berkenaan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");