Berita Hari Ini

Airasia Lancar Laluan KL-Belitung

AirAsia melancarkan laluan baharu yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Belitung di Sumatra, Indonesia menerusi perkhidmatan terus empat kali seminggu mulai 2 Okt 2019.

Sempena pelancaran baharu ini, AirAsia menawarkan tambang istimewa untuk ahlinya serendah RM79 (tambang untuk ahli AirAsia BIG sahaja) dari Kuala Lumpur, yang boleh ditempah menerusi airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia mulai hari ini hingga 25 Ogos 2019, bagi perjalanan antara 2 Okt, 2019 dan 28 Mac, 2020, kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan hari ini.

“Ahli BIG akan menikmati yuran pemprosesan sifar apabila membuat pembayaran menggunakan BigPay,” katanya.

Ketua Komersial Serantau AirAsia, Amanda Woo berkata, laluan baharu itu adalah bukti komitmen syarikat penerbangan itu untuk menyokong kerajaan Indonesia dalam usahanya untuk membangunkan 10 destinasi pelancongan utama baharunya.

“Banyak yang ditawarkan oleh Indonesia daripada hanya Bali dan Lombok. Belitung merupakan tempat yang indah dan menakjubkan dengan potensi pelancongan yang belum diteroka, dan kami berharap menerusi perkhidmatan terus baharu ini, lebih ramai orang akan dapat mengetahui permata tersembunyi ini,” katanya.

Selain laluan baharu ini, AirAsia juga mengendalikan penerbangan harian ke Belitung dari ibu negara Indonesia, Jakarta, mulai 1 Okt 2019.

AirAsia kini menghubungkan Kuala Lumpur ke 14 destinasi di Indonesia – Jakarta, Surabaya, Medan, Bali, Lombok, Yogyakarta, Pekanbaru, Pontianak, Padang, Palembang, Semarang, Makassar, Bandung dan Banda Aceh lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");