Perak Hari Ini

Akhirnya Paul Yong Ambil Keputusan Untuk Bercuti

IPOH: Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong membuat keputusan untuk bercuti daripada melakukan tugasan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, berkuat kuasa hari ini.

Katanya keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan kepada proses perbicaraan yang dihadapinya berhubung tuduhan merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia.

“Setelah meneliti situasi sebegini, saya telah mengambil keputusan untuk bercuti sementara selaku Exco Perak supaya saya boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada perbicaraan mahkamah yang akan datang dan membersihkan nama saya.

“Seperti mana yang saya sentiasa menjalankan tugas saya, sebagai seorang ahli politik, saya juga berpendapat bahawa saya patut meletakkan kepentingan kerajaan Negeri PERAK di atas kepentingan diri saya.

“Oleh itu, saya akan memaklumkan kepada Menteri Besar hari ini berkenaan keputusan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Tambah Paul Yong, beliau akan meneruskan khidmat beliau sebagai Adun Tronoh seperti biasa.

Dalam pada itu, katanya beliau telah mengarahkan peguamnya supaya dapat memintak kepada mahkamah agar mempercepatkan tarikh pengurusan kes supaya ia dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya penuduhan yang tidak berasas dan bersifat kejam terhadap saya.

“Saya yakin fitnah ini merupakan sebuah komplot jahat yang bermotif politik terhadap saya dan pertuduhan bersifat jahat ini telah menyebabkan kesusahan kepada rakan sekerja, ahli keluarga dan juga diri saya ” katanya.

Pada Jumaat, Paul Yong menyebut bahawa beliau tidak akan bercuti walaupun sedang menghadapi dakwaan di mahkamah berhubung tuduhan merogol seorang amah.

Sebelum itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan agar Exco Kerajaan Negeri itu bercuti daripada sebarang tugasan rasmi termasuk mengambil bahagian dalam apa juga mesyuarat yang melibatkan proses membuat keputusan sehingga proses perbicaraan mahkamah selesai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");