Berita Hari Ini
Like

Anwar Seru Jangan Turun Demo Anti-Zakir

August 23, 2019
283 Views
0 Comments
1 minute read
Anwar Seru Jangan Turun Demo Anti-Zakir

Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa supaya himpunan membantah pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik di Brickfields, Kuala Lumpur yang dijadualkan lewat petang ini dan esok dibatalkan.

“Saya menggesa penganjur himpunan ‘Say no to Zakir Naik’ serta beberapa himpunan lain untuk menghentikan penganjuran kerana keadaan sudah reda dan tiada keperluan untuk melakukannya.

“Zakir Naik juga sudah dilarang untuk berceramah di seluruh negara oleh pihak polis maka meneruskan bantahan tersebut hanya akan meningkat serta memanaskan suhu politik negara sekali gus mengundang pelbagai reaksi.

“Saya juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh untuk menyertai himpunan ini bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim turut memberikan amaran keras agar orang ramai tidak menyertai dua perhimpunan, masing-masing berhubung isu Zakir dan isu tulisan Jawi yang dijadualkan berlangsung lewat petang ini dan esok.

Minggu lalu, Zakir, yang mendapat status penduduk tetap ketika di bawah kerajaan BN pada 2012, terpalit dalam kontroversi baru berkaitan kesetiaan penganut Hindu di Malaysia terhadap perdana menteri dan status “tetamu” orang Cina.

Zakir mendakwa kenyataannya dilaporkan di luar konteks dan memohon maaf jika mengguris hati masyarakat bukan Islam memetik MKini.

Komen & Pendapat

Comments are closed.