Membawang Hari Ini

Aris Ariwatan Bersyukur Dapat Mengerjakan Haji Lebih Awal

SEPANG: Penyanyi yang popular dengan lagu Lamunan Terhenti dan Permaidani, Aris Ariwatan menzahirkan rasa amat bersyukur kerana dapat menunaikan haji lebih awal daripada yang dijangkakan.

“Rasa bersyukur kerana kalau diikutkan saya perlu menunggu sehingga tahun 2021 untuk menunaikan haji. Alhamdulillah, Allah menjemput saya untuk mengerjakan Rukun Islam Kelima ini lebih awal,” katanya.

Pemilik nama, Haris Fadzilah Daud itu ditemui di Kompleks Tabung Haji (TH) Sepang sebelum berlepas ke Jeddah, Arab Saudi bagi menunaikan ibadat haji bersama isteri pertama, Maria M Nur.

Aris mengakui, sebelum berlepas ke Tanah Suci, dia terlalu sibuk memenuhi jemputan persembahan sehingga tidak sempat mengikuti kursus perdana haji bagi persiapan di Tanah Suci.

“Ujian paling besar sebelum nak pergi (haji), terlalu banyak persembahan yang mana saya terlampau sibuk dan tak sempat ikuti kursus perdana haji bagi memenuhi undangan.

“Sebulan sejak hari raya pertama, saya membuat persembahan di seluruh negara, termasuk memenuhi jemputan di Sabah dan Sarawak selain Singapura.

“Jadi saya bersangka baik, Allah beri ruang dan peluang kepada saya untuk menyediakan keperluan kepada anak, isteri (kedua) dan ibu bapa kerana ada lagi tanggungjawab di rumah perlu dilaksanakan sepanjang berdaan di Tanah Suci,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hadir pada majlis mengucap selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci di sini.

Seramai 483 jemaah haji berlepas menerusi penerbangan KT60B (XY5794) jam 6.20 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah jam 9.55 malam (waktu Arab Saudi).

Dalam pada itu, Aris juga berharap peminatnya mendoakan perjalanan ibadat haji dengan isteri berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

“Saya juga mendoakan ibu bapa, keluarga dan semuanya terbaik. Sebenarnya terlalu ramai peminat mendoakan saya.

“Untuk ibu, semoga terus kuat semangat dan ayah, kami doakan diberikan kekuatan. Begitu juga, saya doakan untuk isteri dan anak-anak, malahan, ada anak saya yang menduduki peperiksaan hari ini, semoga memperoleh kejayaan dunia dan akhirat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");