Perak Hari Ini

Armada Bersatu Perak Seru Rakyat Tolak Dong Zong

IPOH: Armada Bersatu Perak menyeru agar semua rakyat menolak Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang dianggap sebagai rasis.

Ketuanya, Muhd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata sikap rasis sedemikian tidak akan membawa kehadapan sebaliknya ia hanya akan menarik rakyat ke belakang.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mempertahankan persatuan tersebut berhubung isu cadangan memperkenalkan pembelajaran berkenaan tulisan jawi dan khat yang menjadi isu masa kini.

“Kit Siang pula dilihat mempertahankan Dong Zong. Saya nak tanya Kit Siang, apakah Kit Siang bersekongkol dengan Dong Zong dalam isu ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya Mubin, selain ia adalah warisan negara, tulisan Jawi juga pernah digunakan di dalam semua manuskrip sejarah negara termasuk dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957.

“Namun, ada beberapa pihak terutamanya Dong Zong yang tidak bersetuju dan menghasut rakyat untuk menolak pembelajaran tulisan Jawi dan Khat ini. Alasannya, ini adalah salah satu agenda Islamisasi.

“Saya tidak akan menjadi lebih Islam dengan mempelajari jawi. Saya tidak akan menjadi Buddha atau Kristian dengan mempelajari tulisan Cina. Apek Lau tidak akan menjadi Islam dengan hanya mempelajari Jawi. Mengapa? Kerana itu adalah seni tulisan bukan dakyah agama.

“Dong Zong memainkan sentimen rasis sepertimana yang Tun Dr Mahathir nyatakan. Segala agenda pendidikan negara ditolaknya sebelum ini.

“Mereka ini punca kepada perpecahan kaum di Malaysia terutamanya dalam isu pendidikan. Pendidikan seharusnya menyatukan, bukan memecahbelahkan,” katanya.

Dalam pada itu ujar Mubin bidang pendidikan tidak seharusnya dipolitikkan atau dicampurkan dengan sifat-sifat perkauman mahupun elemen agama.

Malah katanya, kegagalan dalam sistem pendidikan negara akan menghancurkan negara.

“Pendidikan harus berada di tengah, memastikan kebenaran atau fakta menjadi sumber rujukan setiap rakyat.

“Agenda pendidikan negara perlu berteraskan kepada acuan negara itu sendiri kerana jati diri negara itu penting dalam membentuk rakyat yang cinta kepada negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");