Berita Hari Ini

Asrama Tahfiz Musnah Terbakar

SUNGAI PETANI: Asrama Maahad Tahfiz Jaabar Nur di Kampung Paya Suri Semeling di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut BH Online, dalam kejadian jam 4.40 pagi itu, api dipercayai mula merebak di blok asrama pelajar perempuan sebelum memusnahkan hampir 80 peratus bangunan termasuk semua kelengkapan di dalamnya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohammadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.45 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani tiba di lokasi pada jam 4.57 pagi.

“Sebaik tiba kita mendapati sebuah bangunan menempatkan asrama pelajar perempuan sedang terbakar dengan usaha mengawal api terus dilakukan.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 5.13 pagi, namun 80 peratus dianggarkan musnah dengan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Difahamkan, seramai 21 pelajar perempuan tinggal di asrama berkenaan, namun kesemua mereka pulang ke rumah masing-masing berikutan cuti sekolah ketika ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");