Berita Hari Ini

Bekas Ketua Pengarah JPJ Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Nadzri Siron meninggal dunia akibat penyakit leukimia di Hospital Ampang, di sini, malam itadi.

Allahyarham, 60, yang menerima rawatan kimoterapi di hospital itu sejak 18 Julai lepas, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 7.19 malam, meninggalkan isteri Fatimah Shariff dan 4 orang anak.

Anak keduanya, Shahirah Nadzri yang mengesahkan perkara itu berkata, penyakit leukimia yang dihidap bapanya dikesan sejak Febuari lepas, selepas mengadu sesak nafas.

Menurutnya, rawatan kali ke-3 di hospital berkenaan dibuat kerana masalah darah putih kembali tidak normal, di samping daya tahan badannya tidak kuat.

“Ayah sebelum ini pernah berpesan, minta kami menjaga emak kerana katanya dia dah tak lama,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, jenazah bapanya akan dikebumikan malam ini Tanah Perkuburan USJ2, Subang Jaya, Selangor selepas urusan di hospital selesai.

Allahyarham dilantik menjadi ketua pengarah JPJ pada tahun 2016 dan bersara dari jawatan terakhir sebagai timbalan ketua setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Mac lepas lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");