Membawang Hari Ini

Berang Ditegur, Aliff Syukri Gelar PU Amin ‘Poyo’

Ketika isterinya, Datin Seri Shahida berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video Sajat bergelek sakan di Instagram.

Seperti sudah dijangka tindakan usahawan kosmetik itu dikecam teruk oleh netizen dan ramai yang menyifatkan Aliff seolah tidak menghormati isterinya yang berada di Makkah.

Video kontroversi itu turut mendapat perhatian pendakwa bebas PU Amin yang menjelaskan hukumnya haram melihat video tersebut yang memaparkan Sajat bergelek. Jelasnya lagi, video tersebut mampu merosakkan akhlak anak-anak muda.

 

Dalam pada itu, PU Amin turut memohon maaf kepada Aliff Syukri di atas nasihatnya itu namun dia perlu memberikan teguran kerana tidak mahu perkara sama seperti itu berulang lagi.

Tidak hanya berdiam diri, Aliff memuat naik foto PU Amin serta meluahkan rasa berang dengan teguran tersebut malah turut menggelar pendakwah itu seorang yang poyo. Aliff juga meluahkan hasrat mahu bertemu dengan PU Amin untuk berbincang.

Perkongsian Aliff itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berpendapat Aliff Syukri tidak boleh langsung menerima teguran. Malah, ada yang mengatakan jika tidak boleh menerima teguran jangan kongsikan sesuatu yang boleh mengundang kecaman.

Ini bukanlah pertama kali nama Aliff Syukri terpalit dengan kontroversi panas. Apa pun diharap selepas ini Aliff lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu di media sosial.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");