Membawang Hari Ini

“Berlakon Boleh Cium Perempuan, Cium Isteri Tak Boleh Pulak”

Jika sebelum ini pelakon Ahya Rosli mencetuskan kontroversi di majlis perkahwinannya, nampaknya anak kepada pelakon Normah Damanhuri itu sekali lagi menjadi bualan ramai apabila memuat naik gambarnya bercium dengan isteri.

Bagaimanapun, gambar tersebut sudah pun dipadamkan selepas dikecam teruk oleh netizen. Namun, isu itu tidak terhenti setakat itu sahaja, Ahya kemudian memuat naik satu keratan artikel dan mempertahankan tindakannya itu tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Ahya turut mempersoalkan di dalam televisyen pelakon boleh mencium wanita yang bukan isteri mereka tetapi tidak boleh kongsikan gambar mencium isteri sendiri kepada umum.

Seperti sudah dijangka, perkongsian Ahya itu menerima kecaman netizen, malah ada netizen menyindir tindakan Ahya yang bijak membuat carian mengenai hukum suami isteri bermesra tetapi lupa tentang adab bermesra di khalayak ramai.

Kata netizen lagi, bukannya tidak boleh bermesra antara suami isteri tetapi tidak perlu berkokngsikan kepada umum kerana bimbang ianya menjadi tatapan anak-anak.

Bagaimanapun, ada dikalangan netizen menyokong kenyataan Ahya dan menyifatkan seorang suami terbaik tidak malu menayang kemesraan bersama isteri kepada umum.

Setiap orang mempunyai hak untuk memuat naik apa saja di media sosial mereka, tetapi perlulah ambil kira sensitiviti masyarakat juga, betul tak?-Rotikaya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");