Sukan Hari Ini

Bournemouth Ikat Wilson Dari Liverpool

BOURNEMOUTH membawa masuk pemain serba boleh Liverpool berusia 22 tahun dari Wales, Harry Wilson secara pinjaman selama semusim, umum kedua-dua kelab Liga Perdana itu, semalam.

Wilson bakat yang lahir dari akademi di Anfield mampu beraksi di bahagian sayap atau tengah sudah menjaringkan 17 gol dalam 46 perlawanan ketika dipinjamkan ke Derby County, musim lalu dan membantu kelab itu mara ke final playoff Liga Kejuaraan.

Dia menjadi pemain kelima ditandatangani pengurus Bournemouth, Eddie Howe musim ini.

Wilson yang dianggap amat berbakat membuat penampilan sulung bersama Reds ketika perlawanan Piala FA menentang Plymouth pada Januari 2017 turut pernah dipinjamkan ke Crewe Alexandra dan Hull City selain Derby.

“Apabila Liverpool memberitahu saya ada peluang untuk saya datang ke sini saya amat teruja. Saya mahu bermain di Liga Perdana dan beraksi dengan pasukan hebat seperti Bournemouth,” kata Wilson menerusi laman web kelab itu, lapor Harian Metro.

“Dengan corak permainan Bournemouth, saya dapat rasakan yang akan layak berada di sini dan berusaha membantu pasukan sekeras yang mungkin.”

Wilson, yang menandatangani lanjutan kontrak jangka panjang baharu di Liverpool pada Julai 2018 bermain dalam ketujuh-tujuh perlawanan pra musim Reds baru-baru ini dan menjaringkan gol ketika menentang Borussia Dortmund serta Olympique Lyonnais.

“Kami perlu bekerja keras untuk mengesahkan perjanjian ini tetapi saya percaya Harry boleh menambah kualiti terhadap pilihan serangan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bournemouth, Neill Blake.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");