Membawang Hari Ini

‘Bukan Bercinta Tetapi Ibarat Abang Dan Adik’ – Fizo

“Hubungan kami ibarat abang dan adik. Tidak lebih daripada itu. Jangan hanya kerana komen saya di IG (Instagram), orang buat pelbagai andaian,” kata pelakon dan usahawan Fizo Omar mengenai hubungannya dengan penyampai berita Buletin Utama TV3, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan.

Fizo, 34, atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkata, dia sudah mengenali Hawa ketika gadis itu di bangku sekolah lagi.

Malah, menurut Fizo, bapa Hawa, Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman ialah pengarah kampus dan pengurus bola sepak ketika dia menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Arau, Perlis.

“Saya sudah mengenali ayah Hawa sejak 15 tahun lalu. Sampai sekarang kami masih berhubung. Malah, ayahnya juga antara rujukan dan penasihat saya jika ada sebarang masalah.

“Saya berjumpa Hawa pun ketika dia mula menyertai TV9. Cuma, baru-baru ini nama kami hangat diperkatakan gara-gara komen saya di IG miliknya.

“Kebetulan ketika itu dia memuat naik video membuat liputan sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Jadi, saya komen ‘good job Hawa’. Tak sangka pula, ia dijadikan isu dalam kalangan netizen,” katanya kepada Harian Metro.

Fizo berkata, perkara itu turut menjadi buah mulut orang apabila ke mana sahaja dia pergi ramai bertanya mengenai hubungan mereka.

“Disebabkan komen itu tular, maka timbul pelbagai andaian. Malah, ke mana sahaja saya pergi orang akan bertanya dan ingat kami bercinta. Sedangkan tidak sama sekali.

“Ucapan saya itu ikhlas kerana dia memang menunjukkan peningkatan yang banyak. Jadi, dia layak dapat ucapan sama daripada orang lain,” katanya.

Fizo berkata, dia turut menghubungi bapa Hawa dan meminta maaf atas apa yang terjadi.

“Saya kerap berhubung dengan ayah Hawa. Baru-baru ini saya menghubungi untuk maklumkan saya akan menunaikan ibadah haji. Alang-alang, saya pun minta maaf juga sebab komen itu menjadi isu.

“Ayah Hawa hanya tergelak sebab dia pun tidak menjangka perkara sebegini boleh kecoh,” katanya.

Sementara itu, Hawa, 24, berkata komen yang ditinggalkan Fizo tidak sepatutnya diperbesarkan dan disalah anggap.

Menurut Hawa, dia sudah menganggap Fizo seperti abang sendiri.

“Dia macam abang saya. Memang kami sudah kenal lama. Kali pertama jumpa pun, dia terus tanya adakah saya anak kepada Profesor Ahmad Redzuan.

“Bagi saya, komen Fizo itu tak ada apa pun. Dia hanya bagi ucapan sama macam orang lain. Cuma, mungkin status Fizo dan ceritanya masih hangat diperkatakan membuatkan perkara ini tular.

“Saya juga menganggap, cakap-cakap dan persepsi dilemparkan warganet adalah sekadar usikan,” katanya.

Menurut Hawa, bapanya hanya mampu tergelak ketika Fizo menghubungi bapanya dan meminta maaf.

“Betul, Fizo ada menghubungi bapa dan minta maaf. Dia minta maaf sebab tidak menjangka komen yang ditinggalkan itu menjadi isu,” katanya lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");