Perak Hari Ini

Dakwaan Jadi MB? Karutlah – Zainol

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin sekali lagi mengulangi pendiriannya dengan menafikan dakwaan yang menyebut beliau ada melobi jawatan Menteri Besar Perak.

Katanya beliau secara peribadi tidak menginginkan jawatan tersebut sebaliknya telah bersyukur dengan kedudukan beliau terkini.

“Pada saya, apa yang saya sudah ada ini saya berasa cukup. Ia membolehkan saya untuk memberi perkhidmatan dan saya juga dapat beri kerjasama dengan kerajaan yang ada ini seperti biasa.

“Dan ia tidak menjejaskan saya. Secara peribadi saya tidak ada cita-cita untuk menjadi Menteri Besar. Ia karutlah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Majlis Makan Durian Bersama Media di Koloni Karyawan Amanjaya (PORT), di sini, hari ini.

Selain itu Zainol yang juga Penasihat kepada Menteri Besar menyebut bahawa beliau tidak lagi mendengar khabar angin berkenaan perkara tersebut.

“Saya lama tidak dengar khabar angin itu. Kali terakhir beberapa bulan lalu,” katanya.

Sebelum ini beliau menegaskan bahawa khabar angin yang mendakwa beliau ada melobi untuk menjadi Menteri Besar Perak yang baharu adalah sesuatu yang tidak benar.

Beliau juga tidak menolak bahawa ia merupakan helah pembangkang dalam cuba mewujudkan suasana tidak harmoni dalam kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini, setelah mendapati suasana pentadbiran kini berjalan baik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");