Membawang Hari Ini
Like

‘Dendam Pontianak Bukan Filem Hantu Tipikal Panjat Pokok’

August 15, 2019
326 Views
0 Comments
2 minutes read
‘Dendam Pontianak Bukan Filem Hantu Tipikal Panjat Pokok’

Pelakon Nur Fazura yakin filem terbaru lakonannya Dendam Pontianak menampilkan sisi berbeza daripada naskhah berunsurkan entiti yang biasa dipaparkan buat hidangan penonton sebelum ini.

Kata Fazura, Dendam Pontianak mempunyai keistimewaan tersendiri apabila ia mendapat sentuhan dua pengarah dari Singapura iaitu Glen Goei dan pengarah tempatan Gavin Yap lapor Malaysia Kini.

Dendam Pontianakbukan filem berkisahkan pontianak tipikal panjat pokok, tapi ia memaparkan kekuatan wanita dalam menuntut keadilan termasuk haknya.

“Apabila saya terima tawaran untuk kerja dengan dua pengarah ni, saya dapati hasilnya mengagumkan.

“Sebab mereka berusaha untuk sampaikan sebuah kisah pontianak dalam keadaan berbeza,” katanya.

Fazura ditemui pada majlis pengumuman Dendam Pontianak di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur semalam.

Untuk rekod, Goei pernah mengarah filem Forever Fever yang dipersembahkan di Festival Sundance selain diedar di AS dan Britain.

Yap pula pernah mengarah filem pendek The Incredibly Strange Tale of the Man Who Lost His Love But Bought it Back with a Packet of Duck Rice yang telah terpilih di Anugerah Blencong pada Festival Filem Antarabangsa Jogja-Netpac 2015.

Dalam pada itu, menurut pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin, dia memang sentiasa menunggu sebuah naskhah dengan jalan penceritaan yang bagus terutama yang mengangkat ciri-ciri wanita.

“Selepas dua tahun tak berlakon, saya masih dapat tawaran berkisahkan cinta tiga segi atau wanita kena pukul, kena tinggal dan menangis. (Cerita macam) ini memang saya tak nak buat.

“Wanita seorang yang kuat. Saya mahu berlakon kisah memaparkan bagaimana golongan kami bangun dan menjadi hero. Tu sebab saya sentiasa tunggu skrip yang bagus,” katanya.

Dendam Pontianakdijangka menjengah pawagam negara ini bermula 12 September depan.

Selain Fazura, ia turut dijayakan pelakon seperti Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, dan Nadiah M Din.

Dendam Pontianakmengambil latar tahun 1965 yang menceritakan Khalid, watak dilakonkan Remy dan Siti (dilakonkan oleh Shenty) membuat persiapan hari pernikahan mereka.

Namun, anasir jahat mula menyelubungi kampung tersebut apabila berlaku kematian dan kejadian misteri.

Situasi ini menyebabkan Khalid mengaku dia telah membunuh seorang wanita yang mengandungkan anaknya beberapa tahun lalu dan kini ia muncul sebagai pontianak.

Khalid mengumpul orang kampung untuk memburu pontianak tersebut.

Komen & Pendapat

Comments are closed.