Perak Hari Ini

Dim Sum Halal Mampu Meraih Pendapatan Usahawan Tempatan

IPOH- Team Some Group yang merupakan pengendali kilang Team Some Sdn Bhd telah memperkenalkan produk makanan halal iaitu pau dan dim sum dimana ianya mampu meraih pendapatan terutamanya kepada usahawan tempatan.

Pengerusi Usahawan Niaga Negeri Perak, Noor Aisyah Husain hari ini bersama-sama usahawan niaga telah mengadakan lawatan ke kilang berkenaan bagi mendapat pendedahan.

“Saya rasa memang sangat teruja kerana kilang ini begitu besar malahan cara pengilangannya mengikut piawaian halal dan ISO yang telah ditetapkan.

“Ini adalah lawatan pertama kali tetapi pada masa akan datang lawatan sama turut akan diadakan kepada ahli yang baru menyertai perniagaan bersama Dim Sum,” katanya.

Tambah beliau, produk tersebut dipilih kerana rasanya yang enak dimana serta sesuai dijadikan makanan kesihatan.

“Saya juga berharap agar masyarakat di luar sana dapat bersama-sama merasai dim sum ini kerana seperti yang kita sedia maklum, dimsum adalah makanan tradisi masyarakat Cina tetapi sebenarnya ia perlu dikomersialkan pada masa akan datang malahan negeri Perak lebih maju dengan produk seperti ini.

“Pensijilan halal kepada syarikat ini juga memberi keyakinan kepada masyarakat kerana bukan mudah untuk sesebuat syarikat bukan Islam mendapat pengiktirafan sijil halal.

Dalam pada itu kata Pengarah Urusannya, Ceyly Tay, perancangan program pada hari ini adalah untuk memperkenalkan kilang Pau dan Dim Sum halal di Perak yang mengikuti piawaian ISO kepada rakyat terutamanya usahawan.

“Makanan bukan untuk satu bangsa sahaja dimana ia harus dimakan oleh setiap rakyat di Malaysia kerana ia bukan sahaja tentang perniagaan tetapi mempunyai satu budaya dimana kita boleh saling berkongsi dan membawa keharmonian

“Dengan jenama produk yang dihasilkan diharap dapat membawa nama Malaysia bukan sahaja ke pasaran tempatan tetapi pasaran luar negara serta membanggakan negeri ini,” katanya.

Beliau turut mengajak usahawan yang berminat untuk membuka pasaran dim sum tersebut dimana pihaknya akan membuka pasaran kepada masyarakat luar yang ingin berjaya.

“Kami akan memberi sokongan dari segi pengetahuan iaitu dari segi pengurusan produk, pentadbiran perniagaan, pengurusan kewangan dan kemahiran,” katanya.

Tambah Ceyly, pihaknya juga akan mengimport produk berasaskan durian yang mana pada hebat beliau kekuatan durian di Malaysia adalah lain dari negara lain yang membuatkan pihaknya melakukan R&D untuk menghasilkan pau durian yang akan diimport ke Australia.

“Kebarangkalian produk ini akan sampai ke Australia adalah pada bulan November ini sejurus tempahan pertama kali yang dibuat pada hari ini.

“Cawangan Dim Sum juga akan dibuka di seluruh Malaysia seperti di Selangor, Kelantan dan Sabah kemudian di Sabah pada November ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");