Berita Hari Ini

Dr M Berkayuh 11km di Putrajaya

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengejutkan orang ramai di Putrajaya yang melihat kelibatnya berkayuh basikal di sekitar taman riadah dan kawasan pusat pentadbiran negara itu.

Dalam klip video pendek yang disiarkan di saluran youtube rasminya, perdana menteri dipaparkan memakai topi keledar menunggang basikal sambil dikawal rapi oleh rombongannya yang juga berbasikal.

Perdana menteri tersenyum lebar menyapa orang ramai yang terkejut melihat pemimpin berusia 94 tahun itu santai berbasikal.

Jurucakap Pejabat Perdana Menteri mengesahkan kemudian Dr Mahathir mengambil masa berkayuh selama 45 minit bagi menghabiskan jarak sepanjang 11 kilometer.

Ini bukan kali pertama perdana menteri mengejutkan penduduk Putrajaya dengan berbasikal kerana sebelum ini beliau telah beberapa kali dilihat mengayuh basikal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");