Berita Hari Ini

Dr M: Status PR Zakir Naik Akan Ditarik Jika Jejas Negara

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan menarik balik status penduduk tetap (PR) Dr Zakir Naik sekiranya siasatan polis mendapati pendakwah kontroversi itu melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara.

“Kita (kerajaan) boleh tarik balik status penduduk tetapnya jika dia (Zakir) melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara ini,” katanya pada sidang media dalam kunjungannya di ibu pejabat AirAsia hari ini.

“Pada masa ini, polis sedang menyiasat (sama ada) dia melakukannya atau tidak.

“Sudah tentu, jika dia melakukannya, kita perlu menarik balik status penduduk tetapnya,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan juga akan mengambil tindakan untuk menghalang Zakir dari terus membuat ucapan yang provokatif yang dilihat cuba melaga-lagakan kaum dalam masyarakat.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata polis akan memanggil Zakir untuk memberi keterangan.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");