Berita Hari Ini

Dr Zakir Dilarang Berceramah di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tidak membenarkan pendakwah bebas, Dr Zakir Naik, menyampaikan ceramah sama ada secara terbuka atau tertutup di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata, walaupun tiada permohonan daripada pendakwah terkenal itu untuk mengadakan ceramah di Negeri Sembilan, kerajaan negeri mengambil pendirian sedemikian untuk memastikan suasana kekal aman.

“Pada dasarnya, kita lihat kepentingan masyarakat majmuk di negara, kita ingin pastikan suasana aman. Untuk itu, kita tidak benarkan.

“Ia berkuat-kuasa serta merta. Setakat ini tiada permohonan (dari Dr Zakir) untuk adakan ceramah di Negeri Sembilan, dan pendirian kerajaan adalah demi ketenteraman masyarakat,” katanya pada sidang media selepas Perasmian Majlis Profesionalisme Bersama Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Sembilan di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Sebelum ini, tujuh negeri melarang ceramah oleh pendakwah itu, antaranya Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak.

Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengeluarkan arahan kepada semua kontinjen negeri melarang Dr Zakir menyampaikan ceramah awam di seluruh negara.

Dr Zakir, dalam ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan pada 3 Ogos lalu dilaporkan membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut Hindu dan kaum Cina di Malaysia.

Beliau dilaporkan mendakwa penganut Hindu di negara ini lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi, berbanding Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga dilaporkan membuat kenyataan kritis terhadap kaum Cina Malaysia dengan berkata mereka perlu terlebih dulu keluar dari negara ini sebagai respons kepada desakan supaya beliau diusir dari negara ini.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");