Berita Hari Ini

Dua Adik Ipar Bagi Keterangan

BANGI: Polis memanggil dua adik ipar mangsa yang maut akibat perselisihan faham dalam kemalangan kecil di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Persimpangan Southville City, kelmarin, untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini.

Bapa mentua mangsa, Mohd Rozhan Ramlee, 57, berkata, dua anaknya itu berusia 19 dan 22 tahun itu ke IPD itu pada jam 10.30 pagi tadi.

Katanya, salah seorang daripadanya antara ahli keluarga terawal tiba di lokasi sebelum membawa Allahyarham ke klinik kesihatan sebelum ke Nilai Medical Centre, Nilai.

“Dia yang ada bersama memberi bantuan pernafasan kecemasan CPR kepadanya ketika dalam perjalanan ke Nilai Medical Centre.

“Saya harap dengan keterangan anak dapat membantu polis menjalankan siasatan secara terperinci,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Rozhan bagaimanapun enggan menemui wartawan yang berkunjung ke rumahnya disebabkan masih bersedih.

Katanya, dia dan ahli keluarga menerima banyak panggilan dan mesej daripada pelbagai individu mengakui sebagai saksi.

“Namun, mereka banyak memberi alasan termasuk ingin jumpa saya terlebih dulu selepas saya meminta mereka untuk membuat laporan polis,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Syed Muhammad Danial, 29, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku berpunca daripada kemalangan kecil antara Syed Muhammad Danial dan suspek berusia 40 tahun selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.

Difahamkan kereta Syed Muhammad Danial melanggar bahagian belakang kereta suspek menyebabkan berlaku kejar mengejar sehingga kenderaan mereka berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi.

Menurutnya, berlaku pergaduhan antara suspek sebelum mangsa yang dikatakan tidak berpuas hati keluar dari kenderaannya dengan membawa kayu besbol dan terus memukul bahagian hadapan kereta suspek.

Suspek yang kemudian menekan pedal minyak dalam keadaan tergesa-gesa terlanggar Syed Muhammad Danial lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");