Perak Hari Ini

Dua Warga Emas Rayu Bantuan Tempat Tinggal

IPOH- Keadaan rumah yang serba daif mendesak dua orang warga emas mendapatkan bantuan dari mana-mana pihak supaya dibekalkan dengan tempat tinggal yang lebih selesa.

Ng Kok Ngow, 74 dan adiknya Ng Lai Yee, 70, tinggal bersama-sama disebuah rumah yang telah dihuni sejak tiga generasi berusia hampir 100 tahun dimana kawasan rumah berkenaan semakin usang sehingga menjejaskan keselamatan kedua-kedua mereka.

Berdasarkan makluman yang diterima, Kok Ngow menghadapi masalah lumpuh serta tidak dapat berjalan untuk mencari rezeki sejak dua tahun lalu.

Kok Ngow telah jatuh dari basikal semasa pulang dari berkerja dan menyebabkan pendapatan harian turut terhenti serta merta.

Abangnya, Ng Kok Onn, 80 dan kakaknya, Ng Kwai Yee 78, masing-masing tinggal di Botani dan Gunung Rapat akan datang ke rumah berkenaan bagi menghantar makanan pada setiap dua hari dimana mereka akan bersama-sama datang menaiki bas disamping membawa Kok Ngow ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Kata Kok Onn dan Kwai Yee, sebelum ini bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diminta tetapi permohonan tersebut mestilah disertakan dengan surat dari pihak hospital.

Ng Kwai Yee

“Untuk mendapatkan surat dari pihak hospital sangat tidak mudah malahan tindakan mendapatkan surat tersebut juga berpanjangan sehingga tiada keputusan akhir,” katanya ketika ditemui dikediaman adiknya, di Jalan Lee Chuk Kai Falim, hari ini.

Dalam pada itu tambah beliau, sebelum PRU yang lalu, ada pihak berwajib yang menjanjikan pertolongan tetapi sehingga kini tiada sebarang bantuan yang diberikan.

Katanya, adiknya juga menghadapi kebarangkalian untuk dihalau dari kediaman berkenaan dimana penyewa terdahulu tidak memungut sebarang wang penyewaan dan kemungkinan kawasan tersebut telah dijual kepada pemaju.

Tambah mereka lagi, Lai Yee yang tinggal bersama Kok Ngow juga menghadapi masalah lemah otak dan sememangnya tidak berkerja tetapi masih mampu untuk menjaga adik mereka yang lumpuh.

“Jika ada mana-mana pihak dari rumah penjagaan orang tua yang tidak keberatan untuk mengambil Kok Ngow disebabkan keadaan fizikalnya, mereka juga perlu mengambil Lai Yee kerana beliau boleh menjaga abangnya.

“Bantuan keperluan dari segi pampers juga amat diperlukan khusus kepada Kok Ngow,” katanya.

Sebarang bantuan dan pertanyaan bolehlah menghubungi Low Guo Nan (Ah Nan) di talian 012-5321128.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");