Membawang Hari Ini

Elak Budaya Batu Api

KEMAMPUAN dan cara persembahan seseorang penyanyi ketika beraksi di atas pentas sememangnya berbeza kerana masing-masing ada cara tersendiri untuk menghiburkan peminat.

Bagaimanapun, sikap membandingkan artis kegemaran dengan penyanyi lain tidak patut diamalkan, sebaliknya peminat perlu bersikap terbuka dan saling menyokong.

Bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza, setiap penyanyi mempunyai gaya persembahan tersendiri.

“Kalau boleh janganlah banding-bandingkan persembahan artis sedia ada. Jika anda pergi ke konsert artis yang berbeza, sudah tentu pengalaman hiburannya berbeza.

“Saya berharap peminat tidak emosi. Kalau artis boleh bersahabat sesama artis. Kenapa peminat tidak boleh berbuat perkara sama?

“Budaya batu api tidak patut diamalkan kerana setiap penyanyi itu ada keistimewaan tersendiri,” katanya sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Penyanyi lagu Anta Permana itu mengulas mengenai perdebatan netizen di laman sosial yang mengatakan gaya interaksi Dayang Nurfaizah menerusi Konsert Dayang Dua Dekad yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini sebagai lebih baik daripada gaya komunikasi Siti pada konsert jelajahnya, Siti On Tour lalu.

Menurut Siti, lokasi penganjuran konsert juga memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya komunikasi seseorang penyanyi ketika mengadakan konsert.

“Suasana dewan atau lokasi juga memainkan peranan. Berinteraksi dengan 15,000 penonton di lokasi yang besar juga jauh berbeza jika dibandingkan dengan jumlah penonton dalam dewan yang kecil.

“Rasanya, tiada pertikaian di situ kerana setiap penyanyi mempunyai cara yang berbeza. Saya harap peminat ikutlah cara artis kesayangan mereka yang bersahabat dengan artis lain. Usah ada perangai suka membuat perbandingan,” katanya.

Sementara itu, bercerita mengenai insiden dia terjatuh ketika menyertai aktiviti berbasikal di Lebuhraya Kajang – Seremban (Lekas) baru-baru ini, Siti berkata, dia akan lebih berhati-hati selepas ini, namun tidak serik untuk berbasikal.

“Walaupun terjatuh dan luka sikit di lutut kiri, saya tak sangka berjaya menamatkan kayuhan sejauh 78 kilometer itu. Lagipun, luka yang dialami tidaklah serius. Saya akui setiap sukan ada risiko dan tahap bahayanya.

“Selepas insiden itu saya kini perlu lebih berhati-hati dan beringat terutama ketika mengayuh di selekoh atau menuruni bukit,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Siti bakal mengadakan konsert mini pada 14 September ini.

Konsert mini Shopee X SimplySiti ini akan membawa peminat mengimbau zaman silam menerusi lagu hit paling diminati.

Bagaimanapun, lokasi konsert berkenaan masih dalam perbincangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");