Berita Hari Ini

Fasa Ketiga Skandal 1MDB Babitkan Pembangunan TRX

KUALA LUMPUR – Membaca lebih lanjut kenyataan pembukaan perbicaraan kes rasuah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Pendakwa Raya kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, fasa ketiga skandal membabitkan usaha sama dianggotai antara syarikat 1MDB dan Aabar dalam saham yang sama.

Menurut Sri Ram, syarikat usaha sama tersebut dinamakan ADMIC.

“Melalui syarikat usahasama itu telah membentuk subjek pertuduhan ketiga dan tujuannya adalah untuk membangunkan TRX atau Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur,” katanya.

Sri Ram berkata, International Petroleum Investment Co (IPIC) ditubuhkan bagi menjamin pelaburan Aabar dan tertuduh ketika itu merupakan Menteri Kewangan yang mengeluarkan jaminan pelaburan dalam 1MDB melalui surat sokongan.

“Pinjaman sebanyak AS$3 bilion telah dibuat untuk tujuan yang dimaksudkan dan Goldman Sachs bertindak sebagai pengatur pinjaman,” dakwanya.

Menurutnya, pada 30 Oktober 2012, sejumlah AS$5 juta dibayar ke dalam akaun milik tertuduh di AmPrivate Bank, manakala pada 19 November sejumlah AS$25 juta dibayar ke dalam akaun tertuduh.

Sementara itu, kata Sri Ram, pada 14 Mac 2013, tertuduh telah menandatangani surat sokongan untuk menaikkan pinjaman melalui terbitan bon oleh 1MDB dari Bank of New York Mellon Group dalam jumlah AS$3 bilion.

“Pada 19 Mac 2013 sejumlah AS$2,721 bilion telah dikeluarkan ke dalam akaun 1MBD Global Investment Limited dengan BSI Bank di Lugano di Switzerland,” katanya.

Jelasnya, daripada AS$2,721 bilion, sejumlah AS$1,060,606,065 telah dibayar ke dalam akaun dua dana fidusiari, iaitu Devonshire Funds Ltd dan EEMF.

“Devonshire menerima AS$646,464,649 dalam lima transaksi dalam tempoh dua hari iaitu pada 20 dan 21 Mac 2013.

“EEMF pula menerima AS$ 414,141,416 dalam tiga transaksi, juga dalam masa dua hari, iaitu pada 20 dan 21 Mac 2013,” katanya.

Sementara itu dakwa Sri Ram lagi, pada 21 Mac 2013, Devonshire memindahkan AS$ 430 juta kepada Granton Property Holding Ltd yang merupakan syarikat yang dikuasai oleh Eric Tan, ‘bayangan’ Jho Low.

“Pada hari yang sam,a Granton memindahkan keseluruhan wang itu kepada Tanore Finance juga sebuah syarikat yang dikawal oleh Eric Tan.

Selain itu, Devonshire memindahkan sejumlah AS$210 juta kepada Tanore Finance Corporation.

“Kemudian, antara 22 Mac 2013 dan 25 Mac 2013, EEMF memindahkan AS$250 juta kepada Tanore yang oleh itu pada tarikh tersebut mempunyai AS$ 890 juta dalam tangan,” jelasnya.

Beliau berkata, antara 21 Mac 2013 dan 10 April 2013, Tanore memindahkan AS$681 juta ke akaun Najib.

“Jika dijumlahkan dalam mata wang kita, ianya berjumlah RM2,081,471,926. Jumlah ini membentuk subjek kepada pertuduhan ketiga yang dipinda,” katanya.

Tegasnya, berdasarkan keterangan yang akan ditimbulkan oleh pihak pendakwaan, kerjasama yang disebutkan tidak pernah dilakukan.

“Tiada pelaburan dan tiada usaha sama yang benar. Ia semua bersifat palsu. Ini menyimpulkan fasa ketiga,” katanya.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");