Berita Hari Ini

Gangguan Sistem Di KLIA Ditangani, Kesesakan Berkurangan

KUALA LUMPUR: Gangguan sistem sejak Rabu malam (21 Ogos) telah menjejaskan fungsi utama seperti sambungan WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan, kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia Raja Azmi Raja Nazuddin dalam satu kenyataan berkata sejak penggantian peralatan rangkaian, terdapat kemajuan dalam kestabilan rankaian.

“Sistem kritikal di terminal utama KLIA kebanyakannya kini berjalan dengan lancar,” katanya, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Jurucakap Malaysia Airports berkata mereka masih memantau kestabilan sistem sejak penggantian peralatan itu.

Tinjauan Bernama pada 9.30 pagi mendapati keadaan lapangan terbang itu dalam kawalan dan kakitangan Malaysia Airports kelihatan di serata tempat membantu para penumpang.

Duta Airport CARE itu bekerja keras bagi menentukan keselesaan penumpang dengan mengedarkan minuman teh dan kopi dari 6.30 pagi hingga 9 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");