Berita Hari Ini

Gelandangan Didakwa Guna Periuk Nasi Buat Ancaman Bom Palsu

NEW YORK : Seorang pemuda gelandangan didakwa dengan tuduhan meletak bom palsu selepas tiga periuk nasi kosong mendatangkan gangguan besar pada perkhidmatan kereta api bawah tanah di New York, kata polis semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam, Larry K. Griffin II, 26 ditahan polis dari Jabatan Polis New York dan didakwa dengan tiga pertuduhan meletak bom palsu.

Sebahagian bandar itu berada dalam keadaan cemas selama dua jam pagi Jumaar lalu susulan penemuan tiga objek mencurigakan, dua berhampiran Pusat Dagangan Dunia di stesen kereta api bawah tanah Jalan Fulton dan satu lagi di daerah Chelsea di bahagian utara.

Stesen terbabit kemudian segera dikosongkan manakala perkhidmatan kereta api di dua laluan digantung sementara manakala kereta api untuk satu lagi laluan Jalan Fulton tidak melalui stesen berkenaan.

Menurut polis, kesemua objek mencurigakan itu pada akhirnya disahkan hanya tiga periuk nasi kosong dari jenis dan model yang sama.

Media tempatan melaporkan, Griffin adalah bekas penghuni Bruno, Virginia Barat.

Pejabat Sherif Logan County di Virginia Barat mengesahkan pemuda berkenaan memiliki rekod jenayah.

Pejabat itu berkata, Griffin pernah ditahan sekurang-kurangnya tiga kali sejak lapan tahun lalu atas tuduhan memiliki barang kawalan termasuk senjata dan menggunakan bahan lucah untuk memancing mangsa bawah umur memetik BHarian. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");