Berita Hari Ini

Gojek Tak Islamik, Tak Sopan – Mufti Selangor

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek disifatkan sebagai tidak Islamik dan tidak sopan.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, secara terus terang apabila lelaki dan perempuan yang bukan muhrim membonceng motosikal boleh mengundang kepada fitnah.

Menurutnya, bagi mengelakkan tuduhan fitnah berkenaan, adalah lebih elok ditiadakan perkhidmatan Gojek itu.

“Tak sesuai, lelaki dan perempuan bukan muhrim membonceng motosikal yang sama. Mungkin penunggangnya lelaki dan pemboncengnya perempuan atau sebaliknya. Apa ke halnya kena ada situasi begitu?

“Keadaan itu jelas tidak Islamik dan tak sopan. Naik motosikal berdua bukan muhrim, tak diharuskan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Tamyes berkata, mungkin kerajaan boleh memikirkan langkah lain yang lebih baik bagi mengelakkan masalah ini.

Bagaimanapun, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk memutuskan pelaksanaan Gojek ini.

“Terpulang kepada pihak berkuasa, saya tidak ada fatwa tentang perkara ini,” katanya ringkas.

Semalam, Kabinet pada asasnya bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan Gojek.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof berkata, Kabinet dalam mesyuarat mingguannya pada Rabu membincangkan perkara itu secara terperinci dan memberi lampu hijau untuk melaksanakan perkhidmatan tersebut lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");